Translate

Wednesday, January 27, 2021

Covid-19 : Tiga lagi sekolah diarah tutup

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiga lagi sekolah di Terengganu termasuk dua di bandar raya ini diarah tutup ekoran penularan pandemik Covid-19.

Sekolah yang terlibat dalam penutupan selama tujuh hari bermula hari ini ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga dan SK Paya Bunga di sini dan SK Bukit Apil, Hulu Terengganu.

Penutupan sekolah berkenaan selepas beberapa kakitangan sekolah terbabit disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Tiga sekolah tersebut ditutup mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Pengurusan sekolah diarahkan melakukan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman sepanjang tempoh tersebut.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Nor Azimi Yunos mengesahkan penutupan ketiga-ketiga sekolah terbabit.

Setakat ini, sebanyak 15 sekolah rendah di Terengganu termasuk 12 di Kuala Terengganu telah ditutup sejak Jumaat lalu ekoran penularan Covid-19. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment