Translate

Sunday, January 17, 2021

Dua buruh Myanmar dituduh aniaya gadis bisu

KUALA TERENGGANU – Dua buruh binaan warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu di Ajil, Hulu Terengganu pada bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Akramullah Jamal Hussein, 23, dan Shunamy Abdul Salam, 36, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Akramullah Jamal dan Shunamy dituduh merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah rumah kongsi di Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 7.30 malam, 11 November lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala kedua-dua tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Hakim Nooriah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada Akramullah Jamal dan Shunamy dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Januari depan.

Kosmo! 15 November lalu melaporkan dua buruh binaan warga Myanmar ditahan polis kerana disyaki memperkosa seorang gadis OKU pekak dan bisu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment