Translate

Wednesday, January 27, 2021

Maidam tetap agih bantuan khas persekolahan

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Bantuan khas persiapan persekolahan kepada 24,000 asnaf Terengganu tetap diagihkan mengikut jadual walaupun sesi persekolahan yang sepatutnya bermula esok telah ditangguhkan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, sebahagian besar bantun khas berjumlah keseluruhan RM9.6 juta berkenaan telah dimasukkan ke dalam akaun bank setiap ketua isi rumah asnaf terlibat.

“Fasa akhir pengagihan bantuan khas persiapan persekolahan itu dijangka selesai pada esok.

“Maidam tetap teruskan (pemberian bantuan khas) walaupun kerajaan menangguhkan sesi persekolahan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sehubungan itu, Osman berharap keluarga asnaf terlibat menggunakan bantuan khas tersebut dengan sebaiknya demi pendidikan anak-anak mereka.

Kosmo! Online 13 Januari lalu melaporkan setiap isi rumah asnaf Terengganu yang berkelayakan akan menerima bantuan khas berupa wang tunai antara RM300 hingga RM500 mengikut tanggungan masing-masing.- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment