Translate

Monday, January 18, 2021

Anak penyu terdampar di Pantai Teluk Ketapang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Seekor anak penyu daripada spesies karah ditemui terdampar dalam keadaan lemah di Pantai Teluk Ketapang di sini semalam.

Reptilia seberat lebih lima kilogram berkenaan ditemui orang awam sebelum dimaklumkan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) pada pukul 5.15 petang.

Pegawai APM, Nurul Asjad Syuhirah Ahmad Bakhtiar berkata, sepasukan anggota APM bergegas ke pantai berkenaan sebaik menerima maklumat berhubung penemuan anak penyu itu.

“Kami cuba membantu anak penyu itu berenang semula ke laut dengan membawanya ke gigi pantai.

“Begitupun, reptilia itu tidak mampu bergerak sedikit pun. Mungkin disebabkan keadaannya agak lemah atau sedang sakit,” katanya di sini hari ini.

Nurul Asjad Syuhirah berkata, anak penyu kemudianya diselamatkan dan diserahkan kepada Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Dungun untuk rawatan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment