Translate

Tuesday, January 19, 2021

Along jadi peneman tunggal Syukur

KUALA TERENGGANU – Kasih Muhammad Syukur Khamis, 15, yang lebih dikenali sebagai ­‘Mogwli Malaysia’ kini tertumpah kepada seekor anak kerbau digelar Along.

Along merupakan satu-satunya haiwan kesayangannya yang terselamat daripada wabak hawar berdarah yang mengorbankan sebanyak 58 ekor kerbau ternakan bapanya.

Penyakit hawar berdarah itu turut mengorbankan dua ekor kerbau kesayangan Muhammad Syukur iaitu Tokol dan Semek.

Muhammad Syukur berkata, dia membawa balik Along ke rumahnya di Kampung Banggol Katong di sini selepas wabak tersebut reda baru-baru.

“Saya tidak sampai hati melihat Along sebatang kara selepas ibunya, Semek mati. Along bagaikan hilang arah dan kerap dibuli kumpulan kerbau lain.

“Apabila berada di rumah, keadaan Along lebih terjaga,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Muhammad Syukur juga se­ring bergurau dengan Along bagi mengubati kerinduan terhadap Semek dan Tokol.

“Saya tak pernah lupa belajar dan mengikuti kelas online pada sebelah malam,” katanya.

Sementara itu, Khamis berkata, emosi Muhammad Syukur pada mulanya agak tercelaru selepas kerbau kesayangannya mati sejak 9 September lalu.

Semangat remaja itu pulih selepas mendapat rawatan daripada pengamal perubatan alternatif. Kerbau peliharaan Khamis kini berjumlah 55 ekor termasuk tiga ekor yang dilahirkan pada Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment