Translate

Sunday, January 17, 2021

Dua disyaki curi barangan kemas RM40,000 ditahan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Dua lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan kes melarikan barangan kemas bernilai kira-kira RM40,000 di sebuah kedai emas di Marang pada minggu lalu.

Kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 32 tahun ditahan di lokasi berasingan di daerah ini bermula pada pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, suspek utama berusia 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Paka, Dungun.

“Seorang lelaki berusia 30 tahun yang disyaki rakan sejenayah suspek pertama juga telah ditahan di lokasi berasingan di daerah ini tidak lama kemudian.

“Barangan kemas yang dipercayai dilarikan sebelum ini juga telah dijumpai,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, sebuah kereta Proton Gen 2 yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan perbuatan jenayah berkenaan juga telah dirampas untuk membantu siasatan.

Menurut beliau, sebelum ini, polis menerima laporan dua utas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM40,000 telah dilarikan di sebuah kedai emas di Marang pada pukul 5.10 petang, 24 Disember lalu. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment