Translate

Saturday, January 16, 2021

Mangsa banjir Terengganu kekal 1,074

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 1,074 mangsa daripada 330 keluarga di Dungun dan Kemaman.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Kemaman kekal daerah paling terjejas melibatkan 920 mangsa daripada 285 keluarga.

“Kesemua mangsa banjir berkenaan kini ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Antara PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Teladas, Surau Kampung Ban Ho, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih dan Surau Haji Othman,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, seramai 154 penduduk daripafa 45 keluarga dari tiga perkampungan iaitu Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor dan Kampung Minda pula terjejas banjir di Dungun.

Tambah beliau, tiga PPS telah dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Dewan Serbaguna Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Kampung Minda.

“Buat masa ini kedua-dua daerah masih hujan yang kadang-kala agak lebat,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment