Translate

Thursday, January 28, 2021

Empat ADUN Terengganu dikenalpasti kontak rapat pesakit Covid-19

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu termasuk tiga Exco kerajaan negeri diarah menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat seorang individu disahkan positif Covid-19.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan, Wan Sukairi Wan Abdullah.

Seorang lagi yang terlibat ialah ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu.

Alias berkata, beliau bersama Wan Sukairi dan Hishamuddin telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada kelmarin manakala Ariffin pula pada semalam.

Beliau berkata, mereka berempat telah dikenalpasti sebagai kontak rapat seorang kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman di sini yang disahkan Covid-19 baru-baru ini.

“Kami kini menjalani kuarantin di dalam rumah masing-masing sementara menunggu keputusan saringan keluar pada masa terdekat.

“Semua program melibatkan saya dan (ADUN terlibat) lain-lain pada masa terdekat telah dibatalkan. Rakyat negeri ini dinasihatkan agar sentiasa berjaga-jaga dan sebolehnya elak keluar rumah kecuali hal penting,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment