Translate

Friday, January 15, 2021

Mangsa banjir Terengganu meningkat 6,511 orang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 6,511 penduduk daripada 1,623 keluarga melibatkan empat daerah di negeri ini.

Besut menjadi daerah terbaharu dilanda banjir awal pagi ini selain Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Kemaman kekal menjadi daerah paling terjejas apabila bilangan mangsa terus meningkat kepada 5,368 penduduk daripada 1,296 keluarga.

“Setakat ini, 21 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Kemaman.

“Seramai 849 mangsa daripada 244 penduduk di Dungun pula kini ditempatkan di sembilan PPS,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, Hulu Terengganu pula telah membuka tiga PPS yang menempatkan 200 mangsa daripada 60 keluarga.

Tambah beliau, seramai 94 mangsa daripada 23 keluarga pula telah berpindah di dua PPS di Besut. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment