Translate

Saturday, January 16, 2021

Op Ambang Tahun Baru Terengganu keluar 287 notis kompaun

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu telah mengeluarkan 287 notis kompaun atas pelbagai kesalahan sempena Ops. Khas Ambang Tahun Baru pada awal pagi ini.

Pengarah JPJ negeri, Zulkarnain Yasin berkata, pihaknya turut mengeluarkan 303 notis amaran lain pada operasi sama yang telah disertai 122 pegawai dan anggota agensi berkenaan.

“Operasi sama yang sama turut menyita dua buah kereta dan sebuah motosikal.

“Empat lokasi strategik telah dipilih untuk sekatan jalan raya itu iaitu Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu; Jalan Kuantan-Kemaman, Kemaman; Jalan Yahya Ahmad, Dungun dan Jalan Bukit Yong, Besut,” katanya di sini hari ini.

Zulkarnain berkata, operasi berkenaan memberi tumpuan kepada lima kesalahan utama mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujar beliau, kesalahan itu ialah tidak memiliki lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, cermin gelap dan nombor pendaftaran serta mengubah suai kenderaan tidak mengikut spesifikasi. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment