Translate

Tuesday, January 26, 2021

Covid-19 : 10 lagi sekolah Kuala Terengganu diarah tutup

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sepuluh lagi sekolah di bandar raya ini telah diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Terengganu berikutan penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus berkata, sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Dir, SK Seri Budiman, SK Tengku Ampuan Mariam, SK Gong Tok Nasek dan SK Pusat Kuala Ibai.

“SK Kesom, SK Pulau Manis, SK Bukit Petiti, SK Manir dan SK Kedai Buloh turut diarahkan ditutup selama tujuh hari berkuatkuasa hari ini.

“Kesemua sekolah terbabit ditutup mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Nor Azimi berkata, kerja-kerja sanitasi bagi nyahkuman perlu dilakukan di setiap sekolah tersebut dalam tempoh berkenaan.

Kosmo! Online semalam melaporkan SK Sultan Sultan Sulaiman I dan SK Paloh di sini diarahkan ditutup selama 14 hari sehingga 5 Februari depan.

Penutupan tersebut berikutan lapan guru di sekolah terbabit disahkan dijangkiti Covid-19. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment