Translate

Monday, January 18, 2021

Mangsa banjir Terengganu meningkat 6,305 orang

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang keempat di Terengganu terus meningkat kepada 6,305 mangsa daripada 1,663 keluarga.

Empat daerah masih terlibat iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Dungun dan Setiu.

Ketua Sekteriat Pengurusan Bencana Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, Kemaman paling teruk terjejas dengan 5,108 mangsa daripada 1,238 keluarga.

“Mereka ditempatkan di 25 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kemaman.

“Seramai 805 mangsa daripada 318 keluarga pula berada di 13 PPS di Hulu Terengganu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Che Adam berkata, sebanyak 10 PPS masih dibuka di Dungun dengan menempatkan 381 mangsa daripada 104 keluarga.

Tambah beliau, sebuah PPS di Balai Raya Lama Bukit Nanas yang menempatkan 11 mangsa daripada tiga keluarga masih aktif di Setiu.

“Walaupun hujan lebat masih turun di beberapa tempat di daerah-daerah terlibat namun lembangan sungai terbabit terutama di kawasan hulu menunjukkan trend penurunan,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment