KUALA NERUS - Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang merupakan inisiatif pembangunan negara dalam tempoh 30 tahun dari tahun 2020 hingga 2050 merupakan polisi terbaik kerajaan Barisan Nasional yang berpandangan jauh.
Veteran UMNO, Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar berkata, TN50 membentuk dasar jelas bagi menyediakan rakyat negara ini terutama dalam kalangan generasi muda untuk berdepan dengan Resolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Beliau yang juga bekas Menteri Luar Negeri berkata, tanpa sebarang persediaan rapi, rakyat negara ini sudah pasti akan menghadapi kesukaran untuk berhadapan dengan cabaran baru pada era IR 4.0.
"TN50 adalah polisi terbaik. Kita telah meletakkan sasaran dan matlamat untuk 30 tahun lagi selepas berakhirnya Wawasan 2020.
"Yang penting, kita perlu memastikan rakyat negara ini berjaya menghadapi dengan IR 4.0 termasuk dalam isu-isu melibatkan sumber manusia," katanya ketika ditemui selepas menjadi salah seorang panel pada Persidangan Antarabangsa Modal Insan di sini semalam.
Persidangan bertemakan Pemupukan Sumber Manusia ditengah-tengah Revolusi Perindustrian 4.0 itu merupakan anjuran bersama Pusat Pengajian Sumber Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi.
No comments:
Post a Comment