MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club 1 (TFC1) terpaksa berpuas hati diikat Kedah 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.
Biarpun sekadar mengutip satu mata, ia sudah mencukupi buat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk melonjak ke tangga kedua liga buat seketika setelah mengutip 12 mata dari tujuh aksi liga.
Tuan rumah membuka jaringan menerusi pemain sayap, J. Partiban menerusi rembatan dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gawang Kedah, Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim pada minit ke-43.
Kedah pula berjaya menyamakan kedudukan hasil tolakan pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.
Pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia musim lalu itu bijak menyambut hantaran pemain import, Sandro Da Silva Mendonca sebelum menewaskan penjaga gol TFC1, Mohd. Suffian Rahman.
Sebelum itu, skuad Lang Merah berpeluang untuk menyamakan kedudukan sebaik separuh masa kedua bermula namun percubaan pemain import, Sandro Da Silva berjaya Mohd. Suffian Rahman.
Penyerang gantian TFC1, Mohamad Ashari Samsudin pula terlepas peluang untuk meledak gol kemenangan tuan rumah apabila rembatanya pada masa kecederaan berjaya didakap kemas Mohd. Ifwat Akmal. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment