Translate

Monday, April 2, 2018

Bakal calon UMNO untuk pilihan raya di Terengganu lepasi saringan SPRM

KUALA NERUS – Ke­semua bakal calon yang dikemukakan Badan Perhubungan UMNO Terengganu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah melepasi pelbagai sari­ngan termasuk tapisan Suruhanjaya Pen­cegahan Ra­suah Ma­laysia (SPRM).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, pihaknya akur dan menyerahkan bulat-bulat pemilihan muktamad calon PRU-14 bagi Barisan Nasional (BN) kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“BN Terengganu juga telah bersiap sedia dengan manifesto tambahan yang akan dibentangkan kepada rakyat negeri ini. Ia akan diumumkan selepas Manifesto BN Pusat dirasmikan tidak lama lagi.

“Manifesto tambahan itu agak menyeluruh dan menepati hasrat rakyat ne­geri ini kerana ia mengambil pandangan semua pihak berkaitan,” ka­tanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Mahabbah: Untukmu Al-Aqsa dan Rohingya di pekarangan Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, pihak­nya berpuas hati dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya di Dewan Undangan Ne­geri dan Parlimen di negeri ini yang diluluskan di Parlimen kelmarin kerana mengambil kira panda­ngan semua pihak terma­suk pengundi.

No comments:

Post a Comment