Translate

Friday, April 6, 2018

T7 Global sumbang bangunan di SK Sungai Berua

 Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Syarikat perkhidmatan sektor mi­nyak dan gas, T7 Global Bhd. (T7 Global) menyumbang sebuah bangunan tambahan bernilai RM200,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua dekat sini.

Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Tan Kean Soon berkata, pembinaan bangunan tambahan di sekolah yang me­nempatkan 104 murid daripada komuniti Orang Asli tersebut merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

“Bangunan tambahan yang mengandungi empat kelas ini dibina pada November 2016 dan siap sepenuhnya serta digunakan baru-baru ini.
“Kami berharap kemudahan ini bukan sahaja memberi ke­selesaan kepada murid terbabit malah mampu meningkatkan kehadiran mereka ke sekolah.

“Diharapkan bahawa usaha ini juga dapat meningkatkan motivasi para guru untuk mendidik pelajar di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penye­rahan bangunan tambahan tersebut yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid di SK Sungai Berua, Kuala­ Berang dekat sini semalam.

Pada majlis sama, T7 Global, yang dahulunya dikenali sebagai Tanjung Offshore Services Berhad, turut menyumbang bantuan beg sekolah dan bekas minuman kepada semua murid sekolah tersebut.

Kean Soo berkata, para pelajar sekolah itu dijadikan sebagai anak angkat oleh T7 Global dan pelbagai program peningkatan akademik dan sahsiah telah dirancang untuk mereka pada masa terdekat.

No comments:

Post a Comment