MOHD. AZLI ADLAN dan KAMARIAH KHALIDI
HULU TERENGGANU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu yang dibubarkan sementara menampilkan 13 calon yang rata-ratanya kurang dikenali di tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Kesemua calon yang ditampilkan parti itu belum pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum in kecuali Pengerusi PPBM negeri, Datuk Razali Idris.
Razali yang pernah menjadi calon Barisan Nasional bagi DUN Rhu Rendang pada PRU-12 (2008) bakal bertanding mewakili parti baharunya di Parlimen Hulu Terengganu.
Selain itu, PPBM negeri turut mencalonkan bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Terengganu, Datuk Zulkifli Mohamad di DUN Ladang dan seorang doktor, Dr. Che Ku Hashim Che Ku Mat di DUN Kuala Besut.
Ahli Jawankuasa Persatuan Melayu Malaysia negeri, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh akan bertanding di Parlimen Besut manakala dua ahli perniagaan, Datuk Seri Wan Marzuki Wan Sembok dan Datuk Dr. Mohd. Fuadzi Muda masing-masing di DUN Kijal dan Parlimen Setiu.
Begitupun, dua lagi kerusi DUN Batu Rakit dan Langkap yang merupakan kouta parti itu dalam gabungan pembangkang di Terengganu masih belum dimuktamadkan lagi.
"Lima DUN lain yang turut ditandingi PPBM negeri ialah Hulu Besut, Tepuh, Pengkalan Berangan, Ajil dan Bukit Besi," katanya. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment