Translate

Wednesday, April 11, 2018

145 guru al-Quran Imtiaz di Kuala Nerus terima sijil

TAULIAH. Seramai 145 guru al-Quran dari lapan Sekolah Imtiaz seluruh Terengganu menerima sijil Tahsin al-Quran dan Perguruan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu baru-baru ini.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Ishamudin Hashim berkata, kesemua guru tersebut menerima sijil daripada Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad.

“Kursus yang merupakan kerjasama strategik antara YT dan UniSZA itu bertujuan memberi nilai tambah kepada guru Sekolah Imtiaz terbabit dan ia merupakan sebahagian daripada program pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

No comments:

Post a Comment