Translate

Tuesday, April 17, 2018

Pengurus restoran sebar gambar lucah bekas teman wanita dipenjara tiga tahun

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Perbuatan keji seorang pengurus restoran menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya yang kini merupakan seorang doktor di dalam laman blog pada tiga tahun lalu berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman berkenaan selepas tertuduh, Mohammad Khairul Abidin Abdul Rahim, 34, yang tidak diwakili peguam bela menukar pengakuan bersalah terhadap tiga pertuduhan tersebut pada sebutan semula kes berkenaan.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan, Mohammad Khairul Abidin didakwa secara sedar telah memulakan penghantaran komunikasi bersifat lucah dengan niat untuk menganiayai pengadu.

Tertuduh didakwa memuat naik kandungan lucah itu di dalam laman blog menerusi aplikasi blogspot dan wordpress dari 4 Julai hingga 16 Jun 2015.

Pengadu terbaca kandungan itu di sebuah rumah di Chendering, Kuala Terengganu pada pukul 3 petang, 3 Ogos 2015 sebelum membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.


Mohammad Khairul Abidin didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment