Translate

Monday, April 2, 2018

145 guru tasmi' Imtiaz terima sijil Tahsin al-Quran dan Perguruan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Seramai 145 guru tasmi' al-Quran dari lapan Sekolah Imtiaz dari seluruh Terengganu menerima sijil Tahsin al-Quran dan Perguruan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Ishamudin Hashim berkata, kesemua guru tersebut telah menjalani kursus berkenaan yang diadakan di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA sejak 11 November 2016.

"Kursus yang merupakan kerjasama strategik antara YT dan UniSZA itu bertujuan memberi nilai tambah kepada guru tasmi' Imtiaz terbabit dan ia merupakan sebahagian daripada program pembelajaran sepanjang hayat.

"Mereka bukan sahaja dilatih untuk menguasai pembacaan dan hukum tajwid al-Quran malah turut mengikuti modul perguruan beretika dan berketrampilan sepanjang kursus terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Graduasi Kursus Tahsin al-Quran dan Perguruan Guru-Guru Tasmi' Imtiaz Yayasan Terengganu di UniSZA, Gong Badak di sini hari ini.


Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment