Translate

Saturday, April 7, 2018

MyNIC lancar portal komersial karya fotografi

KREATIF. Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi agensinya, MyNIC melancarkan portal kreatifmarket.my yang merupakan platform  pengkomersialan karya seni fotografi tempatan pertama di negara ini di Ajil, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jailani Johari berkata, pembangunan platform tersebut bertujuan untuk memperbanyakkan kandungan genre fotografi stok bercirikan tempatan.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh memperoleh pendapatan sampingan dengan menyumbang gambar-gambar menarik hasil olahan mereka kepada portal kreatifmarket.my berkenaan.

“MyNIC juga melatih masyarakat tentang kemahiran asas fotografi termasuklah lebih 200 peserta di Hulu Terengganu bagi membolehkan mereka menyumbangkan kreativiti kepada platform berkenaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment