Translate

Monday, April 9, 2018

DUN Terengganu bubar berkuat kuasa hari ini

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi penggal ke-13 dibubar secara rasminya berkuat kuasa hari ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, beliau telah menerima perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bagi pembubaran DUN negeri tersebut setelah menghadap baginda di Istana Syarqiyyah, Chendering di sini pada pukul 10.20 pagi tadi.

"Tuanku telah mengampuni perkenan untuk pembubaran DUN Terengganu bagi membolehkan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum dapat diselaraskan dan diadakan secara serentak.

"Saya juga berterima kasih kepada rakyat Terengganu kerana telah memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri sepanjang tempoh lima tahun ini," katanya pada sidang akhbar pengumuman pembubaran DUN Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau kemudiannya menyerahkan watikah pembubaran DUN Terengganu yang diterimanya daripada Sultan Mizan kepada Yang Dipertua DUN negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong.


Mohd. Zubir kemudiannya menyerahkan watikah terbabit kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Terengganu, Nik Andy Suwardy Amry. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment