Translate

Sunday, April 15, 2018

BN Terengganu tunggu 'lampu hijau' daripada Najib umum calon PRU-14

MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Barisan Nasional (BN) Terengganu menunggu 'lampu hijau' daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)  bagi negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, secara dasarnya kesemua calon BN bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di negeri berkenaan telah dimuktamadkan.

Begitupun, beliau yang juga Pengerusi BN negeri menjelaskan, masih belum menerima watikah senarai calon BN Terengganu yang akan bertanding pada PRU-14 tersebut daripada Najib.

"Saya dimaklumkan senarai calon BN itu akan diumumkan secara serentak di seluruh negara namun tidak pasti sama ada ia dilakukan di ibu negara atau di negeri-negeri.

"Apa pun kami telah bersiap sedia dan hanya menunggu isyarat daripada presiden parti (Najib) sahaja," katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi dekat sini hari ini.


Turut hadir penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd. Iskandar Jaafar dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafie. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment