Translate

Tuesday, April 10, 2018

Ahmad Razif akan menghadap Sultan Mizan mohon bubar DUN Terengganu pada Rabu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman bakal menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin untuk memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi negeri tersebut pada Rabu ini.

Ahmad Razif berkata, beliau akan menghadap Sultan Mizan di Istana Syarqiyyah di sini pada pukul 8 pagi, 11 April ini.

"Saya akan memohon perkenan baginda untuk membubarkan DUN Terengganu bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14.

"Ia selari dengan pembubaran Parlimen pada esok yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebentar tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, sidang akhbar khas berhubung pembubaran DUN Terengganu tersebut akan dilangsungkan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri Terengganu terakhir  di Wisma Darul Iman di sini pada pukul 12.30 tengah hari hari sama.


DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dengan 17 dikuasai Barisan Nasional manakala selebihnya oleh Pas.

No comments:

Post a Comment