Translate

Monday, April 16, 2018

BN Terengganu cadang sekolah rendah sukan di Jabi

MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Sebuah sekolah rendah sukan yang pertama di negara ini akan dicadang dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi sekiranya Barisan Nasional (BN) Terengganu memenangi  Pilihan Raya Umum ke-14.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, cadangan yang akan dikemukakan kepada Kementerian Belia dan Sukan tersebut sebagai memaksimumkan manfaat Kompleks Sukan Mini Jabi yang bakal memulakan pembinaannya pada bulan depan.

Beliau berkata, kompleks sukan mini bernilai kira-kira RM9 juta terbabit akan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk padang bola yang memiliki kualti menetapi piawai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dan balapan bertaraf antarabangsa.

"Kita akan mencadangkan Sekolah Kebangsaan Jabi dekat sini yang terletak berhampiran tapak kompleks sukan mini berkenaan sebagai perintis kepada projek sekolah sukan peringkat rendah tersebut.

"Sekiranya BN terus diberi mandat sebagai kerajaan negeri, kami bersedia untuk membina bangunan asrama bagi tujuan sekolah sukan terbabit," katanya selepas menghadiri program Pemimpin Bersama Rakyat peringkat DUN Jabi dekat sini hari ini.

Turut hadir penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd. Iskandar Jaafar dan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafie.


Pada majlis sama, Ahmad Razif turut menyempurnakan majlis pecah tanah kompleks sukan mini berkenaan di kawasan seluas kira-kira 2.025 hektar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment