Translate

Tuesday, March 14, 2017

Ular sawa 120 kg mati sesak nafas selepas telan anak babi

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Penduduk Kampung Tanjung Bunut, Teluk Pasu di sini gempar dengan penemuan bangkai seekor ular sawa seberat 120 kilogram di kawasan belukar berhampiran Sungai Tanjung Bunut di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, ular sawa yang sepanjang enam meter tersebut dipercayai mati akibat sesak nafas akibat kekenyangan menelan seekor anak babi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Nerus, Ahmad Kamal Hakim Ngah berkata, haiwan reptilia itu telah dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang sedang mencari paku-pakis di kawasan semak berkenaan.
"Dia yang biasa mengambil paku-pakis di kawasan semak di pinggir Sungai Tanjung Bunut berkenaan terkejut dengan penemuan ular sawa yang besar tersebut sebelum memaklumkan penemuan itu kepada beberapa penduduk kampung lain.
"Sewaktu dijumpai, ular sawa berkenaan kelihatan amat lemah dan tidak agresif dipercayai akibat terlalu kekenyangan selepas menelan seekor anak babi," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment