Translate

Sunday, March 26, 2017

Kekangan bajet punca penempatan Pembantu Guru tidak dilaksana sepenuhnya

KUALA TERENGGANU - Inisiatif penempatan pembantu guru di bawah Program Rintis Pemantapan Profesion Guru tidak dapat diperluaskan buat masa ini berikutan kekangan bajet.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, setakat ini, hanya kira-kira 1,600 pembantu guru dapat ditempatkan di tiga negeri iaitu Kedah, Melaka dan Sabah sejak inisiatif bertujuan meringankan beban guru itu dilancarkan pada tahun 2013.
"Setelah dibuat penelitian, kementerian mendapati kos penggajian bagi melaksanakan sepenuhnya perjawatan pembantu guru begitu tinggi.
"Ia akan diperluaskan ke negeri-negeri lain pada masa depan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan. Buat masa ini, kita cari mekanisme lain untuk meringankan beban tugas guru," katanya selepas mempengerusikan Dialog Pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan warga pendidik dan wakil Persatuan Ibu Bapa Guru dari sekitar Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment