Translate

Monday, March 27, 2017

Sultan Mizan sukacita pelaksanaan projek ECRL


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melahirkan sukacita dengan cadangan pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.
Baginda bertitah, projek pembinaan jajaran landasan keretapi sejauh 600 kilometer (km) menghubungkan Gombak, Selangor sehingga Wakaf Bharu, Kelantan itu bakal memberi kesan limpahan ekonomi positif jangka panjang kepada Pantai Timur termasuk Terengganu.
"Projek ini bukanlah sesuatu yang baru difikirkan, ia telah dirancang dengan sangat teliti menerusi Kaji Daya Kemungkinan oleh ECERDC (Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur).
"Beta yakin rakyat akan mendapat manfaat dan kesan langsung daripada projek infrastruktur yang sangat strategik ini," titah baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment