Translate

Saturday, March 4, 2017

TLHT muncul juara MWHL

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menewaskan Persatuan Hoki Daerah Johor Bahru (JBDHA) 5-0 pada aksi terakhir Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini.
Kemenangan itu sekali gus mengesahkan TLHT sebagai juara MWHL pada kemunculan sulung pasukan tersebut musim ini.
Pakar flick negara, Nuraini Abdul Rashid menyumbang dua gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit kelapan dan 50.
Norazlin Sumantri menggandakan gol kedua THLT yang menerusi jaringan padang pada minit kesembilan.
Hanis Nadiah Onn menambah gol ketiga tuan rumah menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12.
Gol kelima TLHT disumbang Wan Norfaiezah Md. Saiuti menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-59. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment