Translate

Thursday, March 2, 2017

Tiga remaja disyaki anggota geng curi motosikal diberkas

KUALA TERENGGANU - Tiga remaja lelaki termasuk seorang pelajar sekolah yang disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal di bandar raya ini dan daerah Kuala Nerus berjaya diberkas polis baru-baru ini.
Penahanan ketiga-tiga suspek berusia dari 16 hingga 18 tahun yang disyaki merupakan anggota Geng Mirul Tanjung itu berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes kecurian motosikal di bandar raya ini dan Kuala Nerus.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, dua suspek yang berusia 18 tahun telah berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus pada 19 Februari lalu.
"Seorang lagi suspek iaitu seorang remaja berusia 16 tahun yang masih bersekolah di sebuah sekolah di Kuala Nerus pula berjaya diberkas di kampung sama pada dua hari kemudian.
"Siasatan awal mendapati mereka menjadikan sebuah rumah di Kampung Tanjung itu sebagai markas untuk meleraikan komponen motosikal yang telah dicuri dari sekitar bandar raya ini dan Kuala Nerus," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment