Translate

Saturday, March 4, 2017

Terengganu tewaskan ATM 1-0

KUALA TERENGGANU - Terengganu mengukuhkan kedudukan di posisi kedua Liga Premier selepas menang tipis 1-0 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi kelapan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.
Ketua pasukan, Issey Farran Nakajima muncul wira buat skuad Penyu mudah menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-83.
Sebelum itu, penyerang import dari Kanada itu dijatuhkan pemain gantian ATM, Muhd. Iqbal Shah Muhd. Taufik di dalam kotak penalti pada minit ke-81.
Biar pun dibantah pemain-pemain ATM, pengadil, Mohd. Hasrol Mohd. Amir tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada tuan rumah.
Pada separuh masa pertama, Terengganu bermula garang dengan tiga percubaan terbaik menerusi trio import iaitu Federico Falcone, Turaev Lutfulla dan Nakajima masing-masing pada minit keempat, lima dan 32.
Begitupun, rembatan mereka mudah ditangkap kemas penjaga gol ATM, Mohd. Hafizuddin Azuhar. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment