Translate

Sunday, March 5, 2017

Mat gian ditahan ketika cuba curi lembu


Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Niat jahat seorang lelaki disyaki mat gian mahu mencuri seekor lembu gagal selepas perbuatannya disedari penduduk kampung di Kampung Seri Nangka, Gong Kepas, Besut semalam.
Dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi itu, suspek berusia 35 tahun di tangkap penduduk kampung sewaktu cuba memasukkan lembu jantan tersebut ke dalam sebuah van jenis Nissan Vannete.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pemilik lembu terbabit yang berusia 44 tahun telah dikejutkan oleh salah seorang jiran yang mengesyaki sesuatu tidak kena di belakang rumahnya.
"Pemeriksaan pemilik lembu itu di kandang yang terletak di belakang rumahnya mendapati seekor daripada empat ekor lembu yang telah ditambat di situ telah hilang.
"Dia dan beberapa penduduk kampung kemudiannya mencari lembu jantan berkenaan sebelum menjumpai haiwan itu di kawasan semak berhampiran sebuah rumah kosong tidak jauh dari kandangnya, "katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment