Translate

Thursday, March 30, 2017

Pampasan RM183.12 juta pengambilalihan KUSZA selesai tahun depan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu bakal menerima sepenuhnya pampasan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada kerajaan Persekutuan berjumlah kira-kira RM183.12 juta pada tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Intrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Rosli Othman berkata, pembayaran sebanyak RM10 juta bagi pengambilalihan untuk pembentukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diterima pada tahun lalu.
"Berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui kerajaan Persekutuan, kita akan menerima RM61 juta lagi pada tahun ini.
"Baki selebihnya iaitu kira-kira RM112.12 juta pula bakal dibayar pada tahun 2018," katanya sewaktu menjawab soalan lisan Ridzuan Hashim (Pas-Teluk Pasu) pada Persidangan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.
Ridzuan mahu mengetahui jumlah keseluruhan pampasan yang dituntut kerajaan negeri daripada kerajaan Persekutuan berikutan penyerahan KUSZA bagi penubuhan UniSZA pada tahun 2010. - K! ONLINE.

No comments:

Post a Comment