Translate

Friday, March 10, 2017

Bekas banduan ada 11 rekod jenayah lampau diberkas mengedar dadah

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas banduan yang mempunyai 11 rekod jenayah lampau melibatkan kes penyalahgunaan dadah bagaikan tidak serik selepas dia sekali lagi diberkas polis kerana disyaki mengedar dadah di Kampung Apal, Jertih, Besut kelmarin.
Sewaktu ditahan pada pukul 3.30 pagi, empat botol yang disyaki mengandungi dadah jenis heroin dan pil kuda telah ditemui di dalam poket seluar jeans suspek yang berusia 37 tahun.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan sebuah kereta peronda polis telah terserempak dengan lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di hadapan Masjid Kampung Apal.
"Pada mulanya suspek yang disyaki berada dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah tidak mahu memberi kerjasama malah mahu melarikan diri sewaktu anggota polis berkenaan memperkenalkan diri.
"Namun percubaan dia yang juga seorang duda untuk melepaskan diri gagal berikutan dikepung beberapa anggota polis terbabit," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment