Translate

Thursday, March 23, 2017

REHDA bakal perkenal skim bantu pembeli rumah pertama

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) bercadang untuk memperkenalkan Kempen Bantuan Pemilikan Rumah (HOAC) bagi merancakkan lagi sektor hartanah negara pada masa terdekat.
Bendahari REHDA, Datuk Muztaza Mohamad berkata, menerusi skim terbabit, pemaju perumahan bakal menyerap kadar faedah pembiayaan yang dikenakan pihak bank kepada pembeli sepanjang proses pembinaan.
"Biasanya sewaktu proses pembinaan, pembeli perlu membayar kadar faedah pembiayaan tertentu kepada pihak bank sehinggalah rumah terbabit siap sepenuhnya.
"Kalau boleh, kita (pemaju perumahan) akan cuba untuk serap (faedah pembiayaan) kepada golongan pembeli pertama sepanjang proses pembinaan projek perumahan tersebut, " katanya katanya selepas menghadiri perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) peringkat Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment