Translate

Monday, March 13, 2017

Geng Kecek tumpas di Marang

MARANG - Geng Kecek yang disyaki giat melakukan kegiatan mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar daerah ini berjaya ditumpaskan polis baru- baru ini.

Penahanan enam remaja berusia 16 hingga 20 tahun termasuk seorang pelajar sekolah itu dalam dua serbuan berlainan dua minggu lalu tersebut berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes jenayah tersebut di daerah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, dua suspek termasuk dalang yang berusia 20 tahun berjaya di berkas dalam serbuan yang dilakukan di sebuah resort tinggal di Pulau Kerengga di sini pada 7 Februari lalu.

"Serbuan itu turut berjaya merampas barangan curi yang dianggarkan bernilai RM7,000.

"Ia merangkumi sebuah motosikal Yamaha 125Z yang dipercayai baru di curi, jam tangan, radio, gelang tangan, rantai leher, cincin, beg dan pemacu pena dan pembaca kad memori," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment