Translate

Sunday, March 26, 2017

Lipanovich juara Motosikal Lasak Asia FIM

KUALA NERUS - Pelumba Sean Lipanovich dari Guam, Amerika Syarikat muncul juara kategori utama MX2 pada Kejohanan Motosikal Lasak Asia Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) di Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.
Kemenangan itu membolehkan Sean yang menunggang jentera KTM 250F membawa pulang wang tunai AS$1,000 (RM4,425.50), piala dan hadiah iringan.
Chaiyan Romphan dari Thailand pula mendapat tempat kedua manakala tempat ketiga di raih penunggang negara, Muhammad Habibullah Mohd Salleh.
Romphan dan Muhammad Habibullah masing-masing menerima hadiah wang tunai AS$900 (RM3,982.95) dan AS$800 (RM3,540.40) selain piala dan hadiah iringan.
Penyampaian hadiah kepada kesemua pemenang berkenaan disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment