Translate

Thursday, March 2, 2017

Polis Marin tahan kapal tunda bawa 21,000 liter diesel bersubsidi

KUALA TERENGGANU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga berjaya memintas sebuah kapal tunda yang dalam perjalanan ke negara jiran untuk menyeludup minyak diesel disyaki bersubsidi di perairan Seberang Takir di sini semalam.
Pemeriksaan di dalam kapal tunda itu pada pukul 6 petang itu telah menemui 21,000 liter minyak diesel disyaki bersubsidi bernilai RM49,980 yang di isi di dalam tangki diubahsuai.
Pegawai Pemerintah Marin Wilayah Tiga, Asisten Superintendan Akil Abd. Rauf berkata, rondaan di sekitar perairan Kuala Terengganu telah terserempak kapal tunda tersebut yang berlabuh secara mencurigakan di pesisir Sungai Seberang Takir.
"Kapal tunda dikemudi empat kru terdiri empat lelaki termasuk dua warga Indonesia didapati berlabuh di pesisir sungai berkenaan.
"Pemeriksaan kemudiannya menjumpai minyak diesel disyaki bersubsidi di simpan di dalam tangki yang telah diubahsuai di bahagian geladak hadapan kapal itu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Marin Wilayah Tiga di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment