Translate

Thursday, March 16, 2017

Isteri bantu suami jual dadah

KUALA TERENGGANU – Sepasang suami isteri diberkas selepas disyaki mengedar pil kuda di Kampung Pasir Akar, Jerteh, Besut kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pasangan itu diberkas pada pukul 3 petang bersama 170 biji pil kuda bernilai RM2,550 yang disembunyikan di atas kabinet dapur.

“Kita turut menemui 16 tiub penyedut minuman mengandungi 10 biji pil kuda. Pasangan berusia 25 dan 29 tahun itu ditahan bersama anak lelaki tunggal mereka yang berusia enam bulan,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, si suami menjual pil itu pada harga RM15 sebiji manakala isterinya yang merupakan suri rumah membantu sekali-sekala. Mereka mendapatkan dadah dari dua pembekal di Kampung Bukit Cina, Pasir Akar, Jertih di sini.

No comments:

Post a Comment