Translate

Thursday, March 2, 2017

Suami isteri disyaki edar pil kuda ditahan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri diberkas kerana disyaki terlibat dalam pengedaran pil kuda di Kampung Pasir Akar, Jerteh, Besut semalam.
Serbuan di rumah mereka pada pukul 3 petang itu telah menemui 170 pil kuda dianggarkan bernilai RM2,550 di dalam bekas plastik berisi gula yang disimpan di atas kabinet dapur.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, pemeriksaan di dalam bekas plastik terbabit telah menjumpai 16 tiub straw berwarna biru yang masing-masing mengandungi 10 biji pil merah disyaki dadah jenis pil kuda.
"Satu tiub straw berisi sembilan pil warna kemerahan dan sebiji pil warna kehijauan yang juga disyaki pil kuda turut ditemui di dalam bekas plastik itu.
"Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 25 dan 29 tahun tersebut di tahan bersama anak perempuan tunggal mereka berusia enam bulan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment