Translate

Sunday, March 12, 2017

Mat Dan bernikah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN dan KASANABILAH KAMARUL ZAMAN

KUALA TERENGGANU - Pengacara rancangan travelog, Kareef Daniel Abdullah, 28, atau lebih dikenali sebagai Mat Dan telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis Melayu berusia 20-an yang difahamkan merupakan seorang pramugari di Bukit Chendering di sini hari ini.
Majlis penikahan yang berlangsung selepas solat Asar tersebut diadakan mengikut adat Melayu dan secara sederhana.
Begitupun ia diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri waris terdekat dan sahabat rapat termasuk ibu bapa Mat Dan iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler yang berasal dari Bristol, England atas permintaan kedua-dua keluarga kedua-dua pihak.
Terdahulu, mereka telah ditunangkan dalam majlis ringkas di rumah pengantin perempuan pada pukul 10 pagi.
Sewaktu ditemui wartawan Kosmo! semalam, Mat Dan yang fasih bertutur loghat Terengganu memilih untuk berahsia dan enggan mengesahkan khabar angin berhubung majlis perkahwinan beliau dengan gadis tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment