KUALA NERUS - Atlet berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dinobatkan sebagai Olahragawan Terengganu pada Anugerah Sukan Negeri di Stadium Tertutup Sultan Mizan, Gong Badak di sini malam ini.
Pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan Olimpik Rio tersebut mempertahankan gelaran berkenaan buat lima edisi berturut-turut majlis anugerah dwitahunan itu sejak tahun 2008.
Anugerah Olahragawati Terengganu pula diterima oleh atlet pencak silat kebangsaan, Siti Rahmah Mohd. Nasir atas pencapaian beliau meraih pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016, Pencak Silat ASEAN 2015 dan Sukan Sea 2015.
Mohd. Azizulhasni dan Siti Rahmah menerima piala pusingan dan iringan, wang tunai RM7,000, sehelai blazer dan sijil kepujian yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.
Mohd. Azizulhasni yang kini berada menjalani latihan insentif di Australia diwakili ibunya, Selamiah Yong. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment