Translate

Monday, March 27, 2017

32 Gelanggang Silat TTB bakal dibuka

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu berhasrat membuka Gelanggang Silat Transformasi Terengganu Baharu (TTB) di setiap 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri ini melibatkan peruntukan RM1.6 juta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, inisiatif tersebut bertujuan untuk memartabatkan semula seni persilatan terutama dalam kalangan generasi muda di negeri ini.
"Kita mahu orang Terengganu mahir bersilat, menghargai budaya dan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Seni persilatan warisan peninggalan orang tua kita seperti Silat Kura-Kura perlu dipertahankan agar terus subur merentasi zaman," katanya selepas menyampaikan hadiah pertandingan Gendang Silat peringkat Terengganu di Pentas Budaya Batu Burok di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment