Translate

Friday, March 24, 2017

Pemandu lori maut dihempap kayu balak

HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori maut ditimpa kayu balak di sebuah kilang memproses kayu lapis di Kawasan Perindustrian Ajil di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 8.40 pagi itu, Azman Aziz, 56, meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, Azman yang memandu lori tersebut sedang memunggah himpunan kayu balak terbabit sebaik tiba di perkarangan kilang memproses kayu lapis berkenaan.
"Sewaktu mangsa mahu menurunkan kayu balak itu bersendirian tiba-tiba tiga batang kayu terbabit jatuh bergolek sebelum menghempap badannya.
"Kejadian dia ditimpa oleh kayu balak itu kemudiannya disedari beberapa buruh kilang berkenaan sebelum dimaklumkan kepada pihak berkuasa," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment