BESUT - Seorang peniaga gerai makanan ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung di dalam kereta Perodua Kelisanya yang diletakkan di hadapan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh dekat sini hari ini.
Pada mulanya, Zamrin Mat Salleh @ Sallehuddin, 41, yang baru pulang dari berjoging ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh beberapa penduduk pekan Jerteh yang melalui kawasan terbabit pada pukul 9.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, penemuan Zamrin yang terkulai di tempat duduk pemandu kereta Perodua Kelisa itu kemudiannya telah dimaklumkan kepada salah seorang anggota polis dari Balai Polis Jerteh dekat sini yang kebetulan sedang melakukan rondaan.
"Pemeriksaan anggota polis itu kemudiannya mendapati mangsa yang berasal dari Kampung Alor Selinsing, Jerteh dekat sini telah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudiannya telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment