Translate

Thursday, March 2, 2017

Mayat tukang rumah lemas di Sungai Tersat ditemui


KUALA BERANG – Mayat tukang rumah yang lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menangkap ikan di kawasan kuala Sungai Tersat berhampiran Kampung Sungai Buloh di sini kelmarin dijumpai semalam.

Pasukan mencari dan menyelamat telah menemui mayat Syed Nasiruddin Said Muhamad, 26, yang terapung di permukaan sungai itu pada pukul 5 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Zamri Omar berkata, mayat mangsa dijumpai terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dia dipercayai dia terjatuh.

“Mayat mangsa telah dibawa ke tebing sungai dengan menaiki sebuah bot sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu di sini untuk bedah siasat,” kata­nya kepada Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment