Translate

Friday, March 24, 2017

APM Terengganu siap-sedia hadapi musim kering

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana dan kecemasan pada musim kering yang sedang melanda negeri ini sejak pertengahan bulan Mac.
Pengarah APM Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, berbanding kawasan Pantai Barat yang mengalami cuaca berubah-ubah iaitu cerah pada waktu pagi dan hujan pada sebelah petang, wilayah Pantai Timur termasuk negeri ini pula kini menghadapi cuaca panas terik hampir sepanjang hari.
Beliau berkata, perubahan cuaca itu disebabkan oleh peralihan monsun Timur Laut ke Barat Daya yang dijangka bakal berlarutan sekurang-kurangnya pada akhir Mei depan.
"Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas, cuaca panas terik tersebut mungkin menyebabkan beberapa kawasan hutan di sekitar negeri ini mudah terbakar selain kemungkinan kejadian strok haba.
"APM Terengganu sudah bersiap-sedia menghadapi situasi tersebut terutama membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memadam kebakaran hutan sekiranya terjadi," katanya selepas menghadiri Pembarisan sempena Hari Ulang Tahun APM ke-65 peringkat negeri di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment