Translate

Sunday, March 5, 2017

Irfan lega Terengganu terus menang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

JURULATIH Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim boleh mengukir senyum apabila skuad Penyu meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 dalam saingan Liga Premier di Kuala Terengganu kelmarin.

Katanya, beliau lega skuadnya terus mengutip tiga mata penuh biar pun kemenangan tersebut agak tipis dan hanya diperoleh pada lewat perlawanan iaitu ketika aksi berbaki tujuh minit.

“Saya beritahu para pemain, kita perlu menang malam ini (kelmarin) biar pun sekadar 1-0. Syukur, pemain berjaya merealisasikannya dengan baik di padang,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.

Gol kemenangan Terengganu dijaringkan oleh ayam tambatan skuad Penyu iaitu Issey Farran Nakajima pada minit ke-83.

Terengganu sebelum ini menewaskan Perlis dan Kuala Lumpur masing-masing dengan jaringan 2-1.

Irfan turut mengakui, pemain-pemain agak keletihan selepas terpaksa mengharungi tiga perlawanan Liga Premier berturut-turut dalam tempoh seminggu menentang Kuala Lumpur, Perlis dan ATM.

Sehubungan itu, beliau berharap tempoh ‘bercuti’ selama seminggu sebelum bertembung dengan pasukan ‘adik’, T-Team pada pusingan ketiga Piala FA 11 Mac ini dapat digunakan oleh anak-anak buahnya untuk mengembalikan semula kecergasan mereka.

No comments:

Post a Comment