Translate

Monday, March 20, 2017

Nelayan meninggal dunia ketika menangkap ikan

DUNGUN – Mayat seorang nelayan yang meninggal dunia sewaktu sedang menangkap ikan kelmarin selamat tiba di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun di sini semalam selepas menempuh lebih 16 jam perjalanan.

Mohd. Shukri Zawiwi, 43, yang menghembuskan nafas terakhir di dalam bot nela­yannya yang ketika itu berada pada kedudukan 86 batu nautika dari perairan Kuala Dungun di sini selamat tiba di jeti nelayan tersebut pada pukul 10 pagi.

Tekong bot nelayan terbabit, Mohd. Shukri Sidek berkata, Mohd. Shukri yang berasal dari Kampung Kuala Abang di sini meninggal dunia pada pukul 4.30 petang kelmarin.

“Sewaktu itu, saya sedang mengemudi bot nelayan bersama lima awak-awak tempatan yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun termasuk Allahyarham.

“Pada mulanya, dia mengadu tidak sihat pada waktu pagi dan saya telah mengarahkannya agar berehat. Kami kemudiannya mendapati dia semakin nazak sewaktu mengejutkannya untuk makan pada pukul 4.15 petang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di jeti LKIM Kuala Dungun di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Ahmad Zailani Yaakob berkata, mayat Mohd. Shukri telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.

No comments:

Post a Comment