Translate

Tuesday, March 21, 2017

Pelekat hasil 500 kg madu kelulut asli

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat) menyasarkan untuk menghasilkan 500 kilogram (kg) madu kelulut asli sebulan yang mampu menjana pendapatan RM200,000 pada tahun ini.

Penaung Pelekat, Zulkifli Abu Bakar berkata, walaupun baru ditubuhkan kira-kira dua bulan lalu, persatuan yang dianggotai 120 pengusaha dari seluruh negeri ini optimis terhadap potensi produk berasaskan madu kelulut.

“Pelekat menjalin kerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu untuk memasarkan produk madu kelulut asli di seluruh negara.
“Kami yakin dapat menjana perolehan besar kerana madu kelulut asli keluaran Terengganu yang bermutu tinggi semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Pelekat di di sini semalam.

Zulkifli yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu berkata, selain pengguna domestik, madu kelulut asli keluaran Pelekat turut mendapat permintaan dari China, Singapura, Brunei dan Emiriyah Arab Bersatu.
“Memandangkan, persatuan ini baru sahaja beroperasi, kami mahu memberi tumpuan terhadap pasaran domestik terlebih dahulu,” ujarnya.

Selain itu, Pelekat turut menghasilkan lebih banyak produk hiliran berasaskan madu kelulut seperti syampu, sabun dan losyen badan bagi pelbagaikan pilihan kepada pelanggan.

No comments:

Post a Comment